17 July 2014

Tugasan di Kuala Lumpur

teringat kembali kenangan lalu sekitar tahun 2000, awal pagi saya bergegas ke lapangan terbang untuk menaiki kapal terbang pertama ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan setelah selesai pulang semula ke Perlis pada malam harinya.

kini setelah lebih 14 tahun, awal pagi tadi saya bergegas ke stesen keretapi untuk menaiki keretapi ETS pertama ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan akan pulang semula ke Ipoh pada petang nanti.

perbezaan antara dua situasi di atas adalah situasi pertama saya bekerja sebagai seorang penjawat awam manakala situasi kedua iaitu sebagai seorang pekerja syarikat swasta.

kesimpulannya, sejauh mana pencapaian kita dalam kerjaya, jangan lupakan semangat pada hari pertama mula bekerja dan senantiasa berusaha menyempurnakan amanah dan tugasan sebaik mungkin.

anda mungkin kini telah menjadi seorang yang berjawatan tinggi, berkuasa dan berpengaruh tetapi jangan lupa bahawa suatu ketika dahulu anda juga memulakan langkah pertama sama seperti orang lain.

Tidak mustahil juga suatu hari nanti anda akan kehilangan kesemuanya (pangkat, kuasa dan pengaruh) dan apa yang tinggal hanyalah perasaan hormat (respect) dari orang yang pernah mengenali dan bertugas dengan anda.

Alangkah ruginya ketika itu sekiranya sepanjang tempoh karier, anda merupakan seorang yang amat sukar didekati dan tidak boleh bekerjasama dengan orang lain sebagai satu kumpulan.

"Kejayaan tidak diperolehi dengan usaha satu pihak sahaja." pesan daripada seorang yang berpengalaman kepada saya.

Nota : Nukilan di atas tidak melibatkan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal, sekadar berkongsi luahan dari isi hati sebagai teguran kepada diri sendiri di masa hadapan

No comments: