14 August 2018

MBD2018


#ainamarissajawi & #ayeshajawi •

•

Dear Friend and Cousin


Precious cousin, I love you dearly, 

As a friend and sincerely. 

I'm so glad, when you're around, 

My best friend, I have found.


Obstacles for us are never too small, 

Encourage each other, when we stumble and fall. 

When I feel like others were mean, 

On your shoulder, I can always lean.


Joy and happiness you freely bring, 

So much fun, together we sing. 

Whatever the future, may bring us or hold, 

With you by my side, I don't mind getting old.


by AnitaPoems.com

•

#JOMAKTIF 

#MBD2018

#COUSIN

11 November 2016

#inktober day 2 of 31


#ayeshajawi suka tiru Spot howling "Awoooooo...!!!"

#inktober

#inktober2016

#inktobermalaysia

#noisy

#day2of31

#thegooddinasor

#inktober day 1 of 31


Selamat Pengantin Baru buat Saiful & Sara, semoga berbahagia ke Jannah 

#inktober

#inktober2016

#inktobermalaysia

#fast

#day1of31

#datsunb210

27 May 2016

Ayahanda & Anakanda


selepas 72 jam 
#pruBSN #bronchitis #diarrhea 

Fynn Jamal - Arjuna Beta

Takkan ku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Aaaa Aaaa
Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

12 March 2016

BoBoiBoy The Movie


Boboiboy the movie ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ terbaik ! 
#boboiboy #boboiboymovie

08 October 2015

Disguise Birthday Present


minggu lepas Kak Marian messenger invite kami ke suprise 40th birthday party for her husband, my cousin, Mr Hafiz.

namun kami tak dapat hadir, (very last minute, terikat plan lain) cuma dapat hantar poslaju special "Disguise Birthday Present".


The suprise party went very well, dan melalui instagram Mr.Hafiz, ternyata dia gembira bila buka kotak hadiah iaitu Bandai RG Zaku II dalam pembalut hadiah Transformers Metroplex.

Fast forward ke hari ni, awal pagi lawatan tapak dengan staf HQ dan bosses, kemudian mesyuarat klien konsultan dan disambung mesyuarat teknikal tapak, ternyata mental fizikal terlalu fokus dengan kerja.

Tetiba-tiba terima panggilan telefon brader poslaju (selalu dia yang hantar kiriman ke pejabat tapak), daripada Mr.Hafiz, hadiah birthday aku mungkin?

Selesai waktu kerja, pulang ke rumah dan terus membuka bungkusan hadiah 


Wah ! watak He-Man sebagai pembalut kertas hadiah dan di dalamnya Lego Darth Vader, ternyata amat mengembirakan, terima kasih Mr.Hafiz

Nota : mungkin dah pernah dicipta "Disguise Birthday Present" namun idea spontan very last minit ternyata lahirkan sesuatu yang hebat dengan bantuan google image search

01 October 2015

demam #inktober


secara tidak sengaja tertarik dengan perkongsian rakan-rakan di instagram dan facebook mengenai #inktober , lantas pensil, kertas, pemadam dan pen telah digunakan untuk hasilkan karya di atas.

Menurut sumber wikipedia, asal usul #inktober seperti berikut :-
"Jake Parker, also known as Agent 44, is a comics short-story creator, concept artist, illustrator, and animator. He began Inktober, the popular yearly celebration of ink drawing he began October 2009. In 2014, by October 10, over 100,000 inked images had been tweeted." https://en.m.wikipedia.org/wiki/Jake_Parker

cuma selepas selesai posting di instagram baru diselidiki asal usul #inktober dan akhirnya 'terperangkap' dengan cabaran 31 karya dalam 31 hari

ayuh, mari bakar semangat 'naga' yang sudah lama tidur dalam diri ini... 

02 January 2015

Maisarah Jawi 1st Day Kindergarden


hari pertama Tadika, melalui 'Petua Penenang Hati' Penjejak Badai, darah Unikorn Berapi Pedang Setiawan yang mengalir kencang dalam anak kedua ini berjaya distabilkan, tidak seperti 32 tahun dahulu di mana Hajah Norsiah Abidin mengalami kesukaran dengan karenah 'honaq' anak sulung beliau ( p.s - saya sayang Mak ) 

03 December 2014

Ulangtahun perkahwinan ke 10


“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?” 
Surah An-Nahl 16; Ayat 72 

Alhamdulillah ulangtahun ke-10 (3/12/2004 - 3/12/2014), berkat doa ibubapa, keluarga & sahabat handai.

02 June 2014

New Site Office


Alhamdulillah, selesai proses pemindahan 'hijrah' ke rumah dan projek baru. Mula lapor diri pada Jun 2014 dan semoga segala pengalaman projek lepas dapat dimanfaat sepenuhnya untuk menyiapkan projek baru ini, amin. 

Nota : #nazminjawi & #maisarahjawi ikut dady ke pejabat tolong mengemas bilik.

08 April 2014

Transit Workstation

Bismillah, fasa kedua kini bermula, transit sementara di HQ sebelum berhijrah ke pejabat tapak pembinaan yang baru, mula menyempurnakan kerja-kerja di projek lama sambil berjinak-jinak dengan projek baru, lebih kurang lagu tu, orang putih kata "in between jobs"

31 March 2014

Memories Feb'2009 ~ March'2014

tempat yang jatuh lagi dikenang, terima kasih atas memori pahit manis sepanjang 60 bulan berada di kerusi biru & meja ini, bak kata orang tua, berhenti makan sebelum kenyang, kalau nak ikutkan kerja (tugasan) sampai kiamat pun tak akan siap, lepas satu...satu, orang ini minta ini... orang itu minta itu, semua nak segera, lepas dapat yang dihajati, sekadar ucapan terima kasih yang diterima, bila ada majlis rasmi, langsung tak ada jemputan dari mereka, rasanya sudah selesa bekerja di belakang tabir, ini yang dikatakan 'lembu punya susu, sapi dapat nama'... Oh Duniaku 

11 March 2014

Gundam RX-78-2 (scale 1/1)


"tak tau nak tulis apa, seronok sampai tak terkata-kata" di Diver City Gundam Front Tokyo

12 July 2013

Tazkirah & Khutbah Jumaat bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki



Tiga golongan manusia pada Hari Berhisab:

1. Golongan yang tidak dihisab
2. Golongan yang dihisab dengan mudah
3. Golongan yang dihisab

14 June 2013

Hari pertama belajar rekabentuk Hospital

...setelah masuk tahun ke enam menyelia projek pembinaan perumahan dan pejabat, lawatan ke tapak projek QEH telah membuka semula 'deria senibina', nampak sukar namun tidak mustahil, koordinasi antara kontraktor amat penting untuk hasil kerja yang kemas dan teratur


27 May 2013

BHS Annual Family Holiday 2013

Alhamdulillah, sekali lagi acara tahunan family day BHS melabuhkan tirai, tujuh keluarga bawah satu bumbung dengan pelbagai aktiviti santai dan sukaneka, syabas buat group Terompah Hijau selaku juara bertahan, diikuti naib johan group Terompah Kuning dan tempat ketiga group Terompah Jingga (Johan-Futsal Berpelikat)...insya Allah ada rezeki jumpa tahun 2014

18 May 2013

Kemalangan kecil

...pengalaman pertama kali menukar tayar pancit di lebuhraya ketika jam 8:30malam agak mendebarkan, objek kayu 3kaki panjang tidak dapat dielak pada kelajuan sekitar 80kmj, mujur lokasi kejadian adalah berdekatan RnR stesyen minyak sebelum exit Damansara, lampu jalan yang terang membantu menyinari proses menukar tayar spare, semuanya selesai sekitar 15minit, namun kelibat kenderaan berat yang berkelajuan tinggi, merunsingkan proses menukar tayar, alhamdulillah kami sekeluarga selamat



17 February 2013

Alhamdulillah, #dedaungifthouse berjaya menyempurnakan satu lagi tugasan, kali ini majlis di PWTC, dengan bantuan #dedaungifthouseelves, persiapan bermula dari jam 9 pagi, dapat disiapkan menjelang jam 5 petang.

Entrance Flower Vase
Flower Vase
Flower Stand
Pelamin

14 December 2012

iphone 5

beratur dari 8:30malam
 epal merah percuma dari Maxis

nombor giliran 132 dari ??? yang beratur 
(black&slate)
setelah hampir 6jam menunggu giliran 

badan letih, minda penat, akhirnya berjaya memiliki sebuah telefon pintar dari Apple, setelah puas beratur dari jam 8:30 malam sehingga jam 2:00 pagi, ternyata pada usia 35 tahun, aktiviti beratur lewat malam/awal pagi bukan lagi menjadi keutamaan, namun terukir senyuman dari cuping telinga kiri ke cuping telinga kanan selama seminggu, mungkin akan kembali beratur untuk iphone7 pada disember 2014 ?
   

30 November 2012

Kuliah Ilmu Ustaz Don

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah ayat 40)