hari pertama Tadika, melalui 'Petua Penenang Hati' Penjejak Badai, darah Unikorn Berapi Pedang Setiawan yang mengalir kencang dalam anak kedua ini berjaya distabilkan, tidak seperti 32 tahun dahulu di mana Hajah Norsiah Abidin mengalami kesukaran dengan karenah 'honaq' anak sulung beliau ( p.s - saya sayang Mak )
02 January 2015
03 December 2014
Ulangtahun perkahwinan ke 10
“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?”
Surah An-Nahl 16; Ayat 72
Alhamdulillah ulangtahun ke-10 (3/12/2004 - 3/12/2014), berkat doa ibubapa, keluarga & sahabat handai.
02 June 2014
New Site Office
Alhamdulillah, selesai proses pemindahan 'hijrah' ke rumah dan projek baru. Mula lapor diri pada Jun 2014 dan semoga segala pengalaman projek lepas dapat dimanfaat sepenuhnya untuk menyiapkan projek baru ini, amin.
Nota : #nazminjawi & #maisarahjawi ikut dady ke pejabat tolong mengemas bilik.
08 April 2014
Transit Workstation
Bismillah, fasa kedua kini bermula, transit sementara di HQ sebelum berhijrah ke pejabat tapak pembinaan yang baru, mula menyempurnakan kerja-kerja di projek lama sambil berjinak-jinak dengan projek baru, lebih kurang lagu tu, orang putih kata "in between jobs"
31 March 2014
Memories Feb'2009 ~ March'2014
tempat yang jatuh lagi dikenang, terima kasih atas memori pahit manis sepanjang 60 bulan berada di kerusi biru & meja ini, bak kata orang tua, berhenti makan sebelum kenyang, kalau nak ikutkan kerja (tugasan) sampai kiamat pun tak akan siap, lepas satu...satu, orang ini minta ini... orang itu minta itu, semua nak segera, lepas dapat yang dihajati, sekadar ucapan terima kasih yang diterima, bila ada majlis rasmi, langsung tak ada jemputan dari mereka, rasanya sudah selesa bekerja di belakang tabir, ini yang dikatakan 'lembu punya susu, sapi dapat nama'... Oh Duniaku
11 March 2014
12 July 2013
Tazkirah & Khutbah Jumaat bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Tiga golongan manusia pada Hari Berhisab:
1. Golongan yang tidak dihisab
2. Golongan yang dihisab dengan mudah
3. Golongan yang dihisab
Subscribe to:
Posts (Atom)




