07 November 2009

Final Piala Malaysia 2009 (Kelantan 1 - Negori Sembilan 3)

sepatutnya dady bawa mimin ke stadium bukit jalil malam ni, tapi disebabkan minggu lepas pasukan Perlis (lebih mementingkan duit dari semangat nak ke final), maka pasukan Kelantan yang berhak bertandang ke final Piala Malaysia bertemu Negeri Sembilan.

maka malam ni, kami makan malam di depan tivi sambil menyokong NS (bukan sebab marahkan Kelantan kalahkan Perlis, tapi memang NS bermain 'good football'). bila tengok suasana stadium BJ yang penuh sesak dengan baju kaler merah... rasa kesian dengan penyokong NS berbaju kuning... teringat balik masa final Piala Malaysia 2005... pasukan SelangorIndonesia (3) vs Perlis (0), malam tersebut kami penyokong Perlis hanya berjaya memenuhi 1/10 dari kapasiti stadium BJ.

selepas gol ketiga dari NS, dady terus menalipon Tuan Haji Bahari (atukBob) sambil mengucapkan tahniah atas permainan cemerlang NS.

bola tetap bulat, yang kalah tetap kalah, musim depan cuba lagi, namun yang dikesali sikap penyokong bolasepak seharusnya lebih matang dan berdislipin dalam menonton bola... kena ingat yang datang menonton bola terdiri dari kaum perempuan & anak-anak, bukan semua yang tengok bola di stadium datang nak bergaduh.

Trivia Piala Malaysia

1) barisan defender Kelantan yang bermain secara longgar menyebabkan team attacker NS mengawal sepenuhnya rentak permainan.

2) Mohd Zaquan Adha (NS) memecahkan rekod diusung sebanyak 4 kali dengan stretcher keluar padang namun Kelantan gagal mengambil peluang.

3) 3 atau 4 kerusi plastik stadium bukit jalil berjaya dipadamkan akibat terbakar secara tiba-tiba...

4) seorang jurukamera RTM dijahit kepala kerana dibaling batu... (batu pun boleh bawa masuk dalam stadium? simpan batu dalam seluaq ka? tak terlondeh seluaq?)

5) penyokong negeri pantai timur gagal mengawal emosi setelah gol ke2 (offside) dibenarkan oleh pengadil serta gol ke3 (penalti).

6) pekerja stadium bukit jalil akan mendapat 'overtime' lebih bulan ini kerana terpaksa mengutip ribuan botol plastik, sisa mercun & sampah yang dibuang ke atas padang.

7) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Al Marhum Tuanku Munawir mendapat hadiah terbaik sempena pertabalan setelah NS menunggu lebih 61 tahun untuk menjulang piala malaysia (last won 1948) daulat tuanku 3x

Mimin says...

Mimin : "suara P.Ramlee tak best"

Mumy : "nanti atuk marah mimin kata P.Ramlee tak best"

Mimin : "orang tua boleh marah ke?"


06 November 2009

Dinner with Dady's Batch Dermarians

dinner malam ini dikelolakan oleh auntie Ilyana,... another small get-together pertama selepas reunion dinner di kuala perlis bulan Sept lepas... yang dihadiri oleh auntie Ilyana, Farah, Noriz, uncle Syukur, Mat Russ dan uncle Mokhire&famili.

macam biasa semenjak dua menjak, bertukar vitamin, selera makan mimin makin bagus, tapi selepas mimin habis makan, jenuh nak melayan, kena dok ulang alik dukung mimin tengok tupai & iguana di restoran (where else got tupai2 ?)

dady sempat tunjuk dvd reunion (dirakam oleh PakSu Atey) dan selepas ini akan minta uncle Yukhairi compile bersama (video+photo) untuk distribute ke kawan2 batch dady.

31 October 2009

Mimin's 4th Birthday

telah pulang dari kerja awal petang hari ini (mengambil iktibar dari filem Papadom~Afdlin Shauki) untuk sama-sama menyambut majlis harijadi anak perempuanku, selamat hari jadi ke-4 tahun, Nazmin Jawi binti Budiman Jawi, semoga murah rezeki, panjang umur & menjadi seorang anak yang solehah, amin.

23 October 2009

Air Tangan Ibu Mertua

alhamdulillah, baru selesai menikmati makan malam masakan dari air tangan ibu mertuaku, yang paling best lauk sambal ikan bilis.. sampai meleleh ayq liuq.. nasi tambah 2 pinggan.. You Rock ! Hajah Rokiah !




17 October 2009

Another Public Holiday

hari ni Deepavali, hari sabtu cuti untuk dady.. (keja construction site cuma ahad off).. setelah puas bergolek2 malas atas katil sambil menikmati hari cuti.. tetiba;

Mimin : "dady.. jom main Lego"

Dady : "..okey"

jadi pagi deepavali tahun ni, mimin & dady membina sebuah 'Lego tower".. agak colorfull tapi tidak semeriah 'kolam' deepavali..

p.s - antara kelebihan mempunyai seorang arkitek sebagai dady.. kalaulah dady keja cikgu mesti dah main scrabble..


17 September 2009

Balik Kampong Ver.3

selepas Suboh pagi tadi, mimin sekeluarga memulakan journey balik kampong, (dah 2 tahun tidak beraya di Kangaq),.. dady berjaya bercuti awal, perjalanan di highway PLUS yang lancar tanpa sebarang traffic-jam.

dady memenuhkan semula tangki petrol wira di sg perak, mimin? tidoq sepanjang perjalanan sehinggalah dady singgah di Juru. mimin brunch dgn set McD sambil bau nugget menusuk masuk ke dalam hidung dady.

setiba saja di gerbang 'selamat datang' simpang empat, dady bawa mumy&mimin bersiar-siar di jalan tepi pantai sanglang, dan terus ke farmasi di bandar untuk bekalan ubat.

alhamdulillah, kami bertiga selamat tiba kampong tahun ini tanpa sebarang musibah.