27 July 2008

Zephyranthes Candida & Sofa 3 seater

hari ahad merupakan hari mengeluarkan peluh (semenjak Feb'08 bertukar kerja dari Projek Arkitek ke Residen Arkitek), dari aktiviti luaran iaitu memotong rumput di halaman serta menjaga pokok kemboja, bunga melur & Zephyranthes Candida (rujuk gambar) serta memastikan saliran perparitan di hadapan rumah lancar dan bebas dari tumbuhan liar; ke aktiviti dalaman iaitu membaiki sofa 3 seater (Cavenzi:Oct'06:rujuk gambar) yang patah di bahagian tengah akibat kegagalan rekabentuk yang tidak memasukkan lagi 2 kaki di bahagian tengah untuk menerima 'point load'.

mimin banyak membantu dalam memastikan semua kerja di ataih ni beres atau mencapai matlamat... dari kerajinan mimin menghulurkan screw kepada dady semasa membaiki sofa sehinggalah kesungguhan mimin bermain pasir di pintu pagar sambil menemani dady membersihkan perparitan.

1 comment:

SYUKS said...

anak beranak yang sentiasa penuh kemesraan... you are a great father Budie..