
1) selepas R&R Sungai Perak, aku hendak memotong lori trailer dengan memasuki lorong paling kanan... (kelajuan 100-120km/j), secara tiba-tiba aku ternampak sepasang cahaya kereta berwarna kuning menuju ke arah aku dalam lorong yang sama! (rujuk '?')
2) nasib baik lori trailer itu memberikan aku sedikit ruang, sambil aku menekan 'brek' secara 'total' dan kereta kami dah terseret ke hadapan (keempat-empat tayar telah 'lock'), manakala kereta '?' telah memandu paling kanan menuju ke arah kami... akibatnya kereta kami telah berada di tengah-tengah antara lori trailer dan kereta '?'
3) setelah kereta '?' memotong kereta kami... aku pun sempat menguasai semula kereta (dengan tangan yang mengeletar & denyutan jantung yang kuat)... lori trailer tersebut telah menyelamatkan kereta kami dengan memberikan sedikit ruang agar kami dapat mengelak kereta '?' tersebut !
kami terus berenti di R&R Tapah dan aku telah mendapat feedback dari beberapa pemandu lain yang berada di hadapan kereta kami... turut mengalami situasi yang sama & semua mampu mengelak dari berlanggar dengan kereta '?'...
inilah pengalaman paling dahsyat yang aku tak dapat terima melalui logik akal sepanjang 12 tahun aku memandu...
3 comments:
wow ngeri lah... tetapi syukur sangat kau tak de apa apa...
huhuhu.. alhamdulillah..
syukur: alhamdulillah, cuma aku fobia nak drive highway time malam, aku dah tak buleh terima tahap pemanduan sesetengah rakyat Malaysia yang memandu secara men'khinzir' buta.
wanie_fairy: kalau ani nak travel jauh, lagi selamat naik airasia & firefly, bayar lebih tapi keselamatan lebih terjamin.
Post a Comment