
semenjak jumaat lepas dah ternampak si kecik 'ratatouille' ini di atas sinki dapur semasa menukar lampu dapur... jadi petang tadi sempat singgah kedai hardware untuk membeli sangkar 'maut'... lebih kurang 10 malam tadi dah ternampak kelibatnya di celah celah dapur semasa hendak memasang sangkar 'maut' yang berumpankan ikan kering.
jadi bila ternampak kelibat di situ, air panas disalurkan perlahan-lahan dengan tujuan menghalaunya... namun tepat jam 12.30 pagi tadi... kelibatnya masih di situ, dan bila dialihkan semua pinggan... maka ternyatanya si kecik 'ratatouille' telah menemui maut... nampaknya esok kena la samak satu sinki dan membuang bangkai... pelik juga situasi ini dengan keadaan sekeliling rumah yang dipenuhi kucing - kucing, masih lagi mampu untuk spesies ni mencari perlindungan...
2 comments:
Tikus besar tu, kucing pun tak nak makan dah budi.
eeeee tikus!!!!
*found ur blog throuh syukpunyastyle,,
Post a Comment