05 October 2008

Raya ke-5 & Birthday ke-31

sempena hari ahad iaitu hari raya ke-5 & kebetulan hari jadi dady yang ke-31 tahun, kami keluar awal pagi untuk beraya di umah atokUsop, Bandar Mahkota... seterusnya dari situ mimin beraya di rumah uncle Hafiz (Ara Damansara) sambil ziarah baby Eimran & abang Eishraf
seterusnya 'pit stop' di USJ mengambil food supply kiriman MakTok dari rumah alang Bokhari & terus ke rumah Neny Aji di Kemensah... mimin sedang asyik melayan ikan emas yang penuh sesak dalam alkuarium besar tu...
kami di luar leka melayan "ikan cuci kaki"... mula mula letak kaki memang geli yang teramat tapi lama lama bila dah biasa, seronok & leka melihat karenah ikan kecil yang tak kunjung-kunjung kenyang, asyik sibuk membersihkan celah celah kaki... mimin siap cakap ikan kecil tu makan bulu kaki dady...

No comments: