28 February 2009

Mimin ziarah TokWan di wad HTF Perlis

pagi ini ialah hari terakhir mimin & mumy di Perlis... sempurna misi untuk menjemput pulang makYa yang selesai menjalani latihan praktikal di HTF Perlis... mimin melawat TokWan di Hospital Tuanku Fauziah pagi ini sebelum bertolak pulang semula ke kajang dengan kereta TokBah.. TokWan yang ditempatkan di wad tingkat 4, masih lagi dalam pemerhatian doktor... dua hari lepas TokWan telah dikejarkan ke hospital dengan ambulan akibat tekanan darah tinggi (B/P:200+)... alhamdulillah TokWan semakin sembuh namun B/P masih lagi di antara 160-180... Ini merupakan kali kedua TokWan ditahan di wad, kali pertama seingat dady, sekitar tahun 1984, semasa tu TokWan mengalami keracunan makanan. Setelah 25 tahun, TokWan kini kembali berehat di wad dalam usianya yang akan genap 60 tahun pada 13 Mei depan.

semalam...dady, PakNgahBakti, MakNgahShira & PakLangBokhari telah selamat sampai ke Kangar jam 2.30 pagi dengan kereta dady... hari ini mereka akan bergilir-gilir menemani TokWan di hospital sementara MakTok akan menemani TokWan pada malam nanti... ramai saudara mara/sahabat handai/jiran tetangga yang datang menziarahi TokWan di hospital... insya-Allah TokWan akan kembali sembuh, amin

No comments: