09 November 2011

sepuluh minit yang hilang begitu sahaja...

memang dah lama agak, tak mustahil lagi, staf-staf bank bahagian kredit kad memang ada rangkaian sosial macam 'facebook' itu di mana setiap status pelanggan akan tertera, terutama bila mana baki hutang pelanggan tinggal bawah lima ratus ringgit, maka lampu merah menyala serta siren akan berbunyi; tiba-tiba seorang staf bank mendail nombor yang amat dikenali...

"hello, ini encik budiman bercakap ka?"

"err, kenapa ya? siapa bercakap ini dan dari mana?"

"saya Ganesh dari bank xxxx ingin memaklumkan tuan bertuah kena terpilih shortlist untuk offer islamik kredit kad..."

"eh? tapi saya baru ja tutup 5 keping kredit kad, kalau debit kad tu boleh la saya fikirkan"

"takpa encik, ini lain dari yang lain, bank kami menawarkan bla... bla... bla..."

dan seperti biasa sepuluh minit waktu rehat tengahari disia-siakan dengan melayani panggilan tersebut, lusa dia akan telefon semula untuk tanya semula, dan macam biasa lagi sepuluh minit masa akan terbuang lagi...

No comments: