18 December 2011

Melalak di Ikea

bilik tidur mimin dah 85% lengkap, pagi ahad ke Ikea, mumy shopping barang, mimin bawa troley children, dan sarah, macam biasa, mula-mula baik selepas 10 minit dah bosan (nak tidur), sarah bergolek atas lantai, sambil melalak, nak berebut troley dengan mimin

antara kelebihan pergi awal pagi ke Ikea, bila anak kecil buat perangai, boleh la buat 'cover' sebab orang belum ramai lagi, kalau waktu puncak memang harus dady pun tumpang melalak sama. bawah ni gambar sarah yang agak senonoh untuk tontonan umum...
 
lebih kurang pukul 11:30pagi dah selesai di Ikea dan terus 'lunch' di TGI. antara sebab munasabab jadi pilihan adalah kerana si anak ChefWan ada tunjuk kelas masterchef buat nancos minggu ni. jadi lepas ngidam dengan 'nancos TGI for starter'...
menu utama kali ni adalah 'ribs with fries', tak sempat ambil gambar sebelum (lapar sangat) jadi ini bukti susunan tulang temulang selepas 'selamat'...
mimin pun tak mau kalah, sempat juga dia hias pinggan dengan saki baki yang tinggal, suruh ambil gambar kononnya hidangan ala Masterchef... 
kesimpulannya, sejam setengah di Ikea melayan karenah anak-anak boleh disamakan dengan tenaga 1km jogging,(belum campur ketebalan pipi akibat dipandang orang ramai), sekian

No comments: