23 April 2012

Papan Pintar Epal Generasi Ketiga

Atas alasan bateri Galaxy Tab (2nd hand) sudah rosak, dan kebetulan hendak mencuba produk syarikat mendiang Jobs, maka dengan rasminya generasi ketiga telah selamat dimiliki. Antara kekurangan yang telah dialami sebagai pelanggan terbaru ialah, ketiadaan stok pada hari ketiga dilancarkan di Malaysia untuk kapasiti 32Gb, namun sebagaimana telah dipersetujui oleh Menteri Kewangan maka pembelian 16Gb adalah memenuhi peruntukan bajet.

Beberapa minit diperlukan untuk mendaftar produk berkenaan dan layanan yang telah diterima amat memuaskan. Sebagai seorang pengguna 'android' terasa sedikit perbezaan apabila menggunakan papan kekunci sesentuh buat kali pertama.Namun begitu cepat untuk dipelajari sebagaimana yang ditunjukkan oleh kedua-dua anak perempuan yang berumur 2 tahun dan 6 tahun.

Kesimpulan yang boleh dirumuskan ialah sebagai pengguna, kita mempunyai pelbagai pilihan dalam memilih gajet terkini tertakluk kepada faktor penggunaan kita dan bajet. Mungkin selepas ini akan memilih untuk berhijrah dari telefon pintar 'android' bertukar kepada telefon pintar generasi kelima syarikat di atas.

No comments: