07 November 2009

Final Piala Malaysia 2009 (Kelantan 1 - Negori Sembilan 3)

sepatutnya dady bawa mimin ke stadium bukit jalil malam ni, tapi disebabkan minggu lepas pasukan Perlis (lebih mementingkan duit dari semangat nak ke final), maka pasukan Kelantan yang berhak bertandang ke final Piala Malaysia bertemu Negeri Sembilan.

maka malam ni, kami makan malam di depan tivi sambil menyokong NS (bukan sebab marahkan Kelantan kalahkan Perlis, tapi memang NS bermain 'good football'). bila tengok suasana stadium BJ yang penuh sesak dengan baju kaler merah... rasa kesian dengan penyokong NS berbaju kuning... teringat balik masa final Piala Malaysia 2005... pasukan SelangorIndonesia (3) vs Perlis (0), malam tersebut kami penyokong Perlis hanya berjaya memenuhi 1/10 dari kapasiti stadium BJ.

selepas gol ketiga dari NS, dady terus menalipon Tuan Haji Bahari (atukBob) sambil mengucapkan tahniah atas permainan cemerlang NS.

bola tetap bulat, yang kalah tetap kalah, musim depan cuba lagi, namun yang dikesali sikap penyokong bolasepak seharusnya lebih matang dan berdislipin dalam menonton bola... kena ingat yang datang menonton bola terdiri dari kaum perempuan & anak-anak, bukan semua yang tengok bola di stadium datang nak bergaduh.

Trivia Piala Malaysia

1) barisan defender Kelantan yang bermain secara longgar menyebabkan team attacker NS mengawal sepenuhnya rentak permainan.

2) Mohd Zaquan Adha (NS) memecahkan rekod diusung sebanyak 4 kali dengan stretcher keluar padang namun Kelantan gagal mengambil peluang.

3) 3 atau 4 kerusi plastik stadium bukit jalil berjaya dipadamkan akibat terbakar secara tiba-tiba...

4) seorang jurukamera RTM dijahit kepala kerana dibaling batu... (batu pun boleh bawa masuk dalam stadium? simpan batu dalam seluaq ka? tak terlondeh seluaq?)

5) penyokong negeri pantai timur gagal mengawal emosi setelah gol ke2 (offside) dibenarkan oleh pengadil serta gol ke3 (penalti).

6) pekerja stadium bukit jalil akan mendapat 'overtime' lebih bulan ini kerana terpaksa mengutip ribuan botol plastik, sisa mercun & sampah yang dibuang ke atas padang.

7) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Al Marhum Tuanku Munawir mendapat hadiah terbaik sempena pertabalan setelah NS menunggu lebih 61 tahun untuk menjulang piala malaysia (last won 1948) daulat tuanku 3x

No comments: