terima berita kematian Moyang Abidin sebelum pukul 12am tadi... Moyang Abidin menghembuskan nafas terakhir di batu lima, kuala perlis akibat sakit tua, (1920~2009)... dady, angah & alang berkonvoi pulang bersama TokCikda famili & PakCik Aswad dan tiba di perlis pukul 8am.
bila kami sampai sempat turut sama sama membantu memandikan jenazah ,cucu-cucu lelaki turut membantu orang masjid memandikan jenazah. Selepas selesai memandikan, jenazah diusung keluar dan dikapankan di ruang tamu, semua anak & cucu & cicit diberi peluang menabur bunga & mengucup serta menatap wajah Moyang Abidin untuk kali terakhir. Solat jenazah diimamkan sambil dituruti oleh segenap pelusuk kaum keluarga & sahabat handai yang sesak memenuhi ruang dalam rumah.
Jenazah kemudiannya diiringi ke Tanah Perkuburan Islam, Kg Bangsal Lebah, Kayang, Perlis berdekatan dengan kubur Moyang Wan Bulat. Selepas selesai dikebumikan maka Tok Imam masjid memberi khutbah. Majlis pengebumian arwah berjalan lancar dengan cuaca yang baik selesai sebelum pukul 12pm dengan kematian Moyang Abidin maka dady tidak lagi mempunyai datuk & nenek yang masih lagi hidup, semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka (Moyang Abidin & Moyang Wan Bulat dan Moyang Daud & Moyang Halimah.
Al-Fatihah

No comments:
Post a Comment